MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SIARAN MEDIA: MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN PERINGKAT ASIA DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI REMOTE SENSING ANGKASA
Penyertaan dua projek Malaysia pada Persidangan Remote Sensing Asia (Asian Conference on Remote Sensing-ACRS) kali ke-44 di Taipei pada 30 Oktober hingga 3 November 2023 telah berjaya merangkul anugerah emas dan gangsa dalam pertandingan kategori web contest-(WEBCON) peringkat Asia.
.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mempertaruhkan dua projek berimpak tinggi iaitu projek bertajuk Implementation of artificial intelligent (AI) in paddy geospatial information system (MAKGEOPADI) using space technology, GIS and ICT yang telah memenangi anugerah emas, manakala projek bertajuk Establishment of Web-GIS system for identifying and monitoring potential waste disposal site in Malaysia (e-sisa) pula memenangi anugerah gangsa. Pertandingan ini turut melibatkan penyertaan daripada 17 buah negara rantau Asia lain termasuk Jepun, Australia, India, Indonesia, China, dan Singapura.
.
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
.
Skip to content