MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA MYSA OLEH MPOB PADA 2 MEI 2025
Alhamdulillah. 🤲 Moga penghargaan dan pengiktirafan ini menjadi pembangkit semangat kepada warga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Penyampaian sijil penghargaan sebagai rakan strategik ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA pada Malam Gala Jubli Perak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sempena Ulang Tahun Ke-25 MPOB yang berlangsung di Putrajaya, 2 Mei 2025.
.
🤝Kerjasama MYSA dan Malaysian Palm Oil Board – MPOB telah terjalin sejak 2014. Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dengan MPOB pada Disember tahun lalu telah mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua agensi bagi:
▪️memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi angkasa yang meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing); Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)] dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)] dalam usaha mengembangkanlagi penyelidikan industri sawit.
▪️kerjasama turut meliputi pelaksanaan program latihan dan pemindahan teknologi yang dapat memperkasa jaringan perkongsian maklumat dan meningkatkan kompetensi kedua-dua pihak.
Skip to content