PENGHARGAAN KERJASAMA STRATEGIK MYSA DAN AADK DI MAJLIS SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH 2024 PADA 26 JUN 2024
Alhamdulillah. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima penghargaan atas kerjasama strategik dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) pada 26 Jun 2024 di Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri kepada YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA.
.
Kerjasama ini adalah menerusi penggunaan sistem aplikasi MyIDEA yang berteraskan teknologi angkasa meliputi remote sensing; sistem maklumat geografi (GIS); sistem penentududukan (GPS); dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sistem yang dibangunkan oleh Pegawai Penyelidik MYSA ini telah digunakan dalam usaha mencegah aktiviti najis dadah.
.
.
MYSA akan terus membuka ruang kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk manfaat rakyat dan negara. Pengiktirafan ini akan memberi motivasi kepada MYSA untuk Berkhidmat Untuk Negara dengan sebaiknya.