23 Mei 2023- Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pertukaran surat niat (LoI) di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) rakan-rakan strategik telah diadakan di Pre-Function Room, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan disaksikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, KSU MOSTi dan TKSU(T) MOSTI
.
Sebanyak 2 MoU telah ditandatangani oleh MYSA melibatkan:-
i. MYSA dengan Lembaga Koko Malaysia Objektif MoU ini adalah untuk menjalin kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa bagi memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman koko di Malaysia dengan lebih cekap dan berkesan.
.
ii. MYSA dengan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG)
Tujuan MoU ini adalah bagi menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan penggunaan teknologi angkasa khususnya dalam pelaksanaan operasi menangani tumpahan minyak dengan lebih cekap dan berkesan.