MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PROGRAM MISI AL-JAZARI: EKSPLORASI KBAT SAINS SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2024
Tahniah kepada semua pemenang Program Misi Al-Jazari: Eksplorasi KBAT Sains Sempena Minggu Sains Negara 2024.
.
Aktiviti program telah bermula pada 1 September lalu menyaksikan majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan pada 29 Oktober 2024 oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor.
.
🌎Program dianjurkan oleh Kementerian Sais, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA dengan rakan kerjasama strategik Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Banting, Kuala Langat bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Kelambu.
🌎Program pembudayaan sains ini di bawah payung Minggu Sains Negara 2024 dan bersempena Minggu Angkasa Sedunia 2024 Malaysia Chapter serta penggerak kepada program “STI 100 on the Power of Three” (STI 1003) – 100 saintis, 100 sekolah, 100 hari.
🌎Tujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) khususnya sains dan teknologi angkasa selain pemerkasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
🌎Keseluruhan penyertaan adalah sebanyak 11,456 pelajar.
🌎Pengisian program terbahagi kepada tiga yang disertai oleh pelajar Sekolah Rendah dan Menengah termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.
✔️Pertandingan Kuiz Sains Angkasa (individu)
✔️Pertandingan Video Pendek Dokumentari Sains Angkasa (2 orang pelajar)
✔️Perkongsian Ilmiah – Rancangan Syoknya Sains! Boleh tonton di https://youtu.be/wRGfLkrkdyI?si=e3u0Ucji6C3wZ9MO
.
Tahniah juga kepada peserta-peserta yang telah berusaha dari awal hingga ke saat ini. Jangan putus asa jika tidak berjaya dalam pertandingan yang disertai. Setiap langkah yang diambil membawa kita lebih dekat kepada kejayaan.
Skip to content