MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PROGRAM JURUTERA ANGKASA MUDA 2024!
Tahniah kepada semua pemenang Program Jurutera Angkasa Muda! Kumpulan Skolvengers dari SK Olak Lempit dinobatkan juara kategori pembangunan model CubeSat.πŸ‘πŸ‘πŸ‘
.
Pendedahan pengalaman secara terus kepada pelajar mengenai tugas jurutera angkasa dalam membangunkan sebuah satelit.
.
Penjanaan ilmu pengetahuan (knowledge creation) dalam bidang angkasa penting untuk kita bangunkan keupayaan tempatan bermula dengan membina bakat anak muda dari awal persekolahan.
.
Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor pada 17 Oktober 2024.
.
β–ͺ️Program anjuran MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan rakan kerjasama strategik SpaceIn Sdn. Bhd. dan Universiti Sains Malaysia (USM).
β–ͺ️Program pembudayaan sains ini merupakan kick off kepada program “STI 100 on the Power of Three” (STI 1003) – 100 saintis, 100 sekolah, 100 hari, menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
β–ͺ️Program di bawah payung Minggu Sains Negara 2024 dan Minggu Angkasa Sedunia 2024
β–ͺ️Pengisian program terbahagi kepada dua:
πŸ”΅aktiviti utama – pembangunan model CubeSat yang melibatkan 92 pelajar tahap dua
πŸ”΅aktiviti sampingan – melukis dan mewarna melibatkan pelajar tahap satu dan dua.
πŸ”΅Keseluruhan penyertaan 24,000 pelajar melibatkan 57 buah sekolah rendah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.
.
πŸŒπŸ›°οΈπŸ“‘πŸ”­πŸš€Turut berlangsung pelancaran Minggu Angkasa Sedunia 2024: Malaysia Chapter yang disambut sepanjang bulan Oktober, dengan tema “Angkasa dan Perubahan Iklim”.
Skip to content