.
Pendedahan pengalaman secara terus kepada pelajar mengenai tugas jurutera angkasa dalam membangunkan sebuah satelit.
.
Penjanaan ilmu pengetahuan (knowledge creation) dalam bidang angkasa penting untuk kita bangunkan keupayaan tempatan bermula dengan membina bakat anak muda dari awal persekolahan.
.
Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor pada 17 Oktober 2024.
.

Program anjuran MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan rakan kerjasama strategik SpaceIn Sdn. Bhd. dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengisian program terbahagi kepada dua:

aktiviti utama – pembangunan model CubeSat yang melibatkan 92 pelajar tahap dua

aktiviti sampingan – melukis dan mewarna melibatkan pelajar tahap satu dan dua.

Keseluruhan penyertaan 24,000 pelajar melibatkan 57 buah sekolah rendah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.
.