MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN NATIONAL SPACE IMAGING PAYLOAD
 
Selangkah ke hadapan dalam usaha membangunkan bakat untuk sektor angkasa negara. 🌎🛰️🚀📡🔭
.
Pusingan akhir pertandingan National Space Imaging Payload telah berlangsung di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 16 Januari 2025. Sebanyak 11 kumpulan melibatkan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah membuat pembentangan di hadapan juri mengenai misi reka bentuk lensa kamera untuk satelit CubeSat.
.
YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dalam ucapan merasmikan pertandingan akhir ini menekankan mengenai pembangunan ekosistem teknologi angkasa memerlukan usaha gigih yang berterusan dalam aspek – penguasaan teknologi, keupayaan penciptaan, inovasi baharu, penggunaan teknologi secara optimum dan pembudayaan teknologi. Negara memerlukan kumpulan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Angkasa yang kompeten dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi mencabar. Kumpulan bakat yang mencukupi dalam STI Angkasa dapat menggalakkan penciptaan dan penterjemahan idea-idea kepada produk, perkhidmatan dan juga penyelesaian masalah yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
.
MYSA berbangga dengan usaha dan komitmen semua – pemain industri, akademia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar-pelajar dalam pertandingan ini. Usaha ini selaras dengan Teras Kedua Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu memacu Pembangunan Sains dan Teknologi Angkasa serta membina kepakaran.
.
Tahniah kepada semua pemenang!👏👏👏
1️⃣Johan
VOYAGERS UPM
Universiti Putra Malaysia
 
2️⃣Naib Johan
IIUM-Deimos
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
3️⃣Tempat Ketiga
IIUM-Callisto
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
▪️Pertandingan telah bermula sejak Oktober 2024 dan dianjurkan oleh Cybernet Systems Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), IEEE Malaysia in Comsoc/VTS, UNISEC-Global dan Ansys bersempena World Space Week (WSW) 2024.
Skip to content