MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PELANCARAN SISTEM MPK-GIC PADA 2 JUN 2024
Satu Majlis Pelancaran Sistem Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Centre (MPK-GIC) telah diadakan pada 2 Jun 2024 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
.
Sistem MPK-GIC ini telah dibangunkan hasil kerjasama strategik di antara MYSA dengan MPK yang telah dimeterai sejak tahun 2023. Sistem ini mengintegrasikan fungsi enam (6) jabatan dalaman MPK iaitu data guna tanah, data penilaian harta, data jalan-jalan awam, data premis perniagaan, data tempat letak kereta dan data ubahan tambahan bangunan tidak berisiko.
.
Sistem MPK-GIC telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut hadir ke majlis adalah YB Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Mohd Zain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota; YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA; YBrs. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Yang Dipertua MPK; YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA; YBrs. Encik Azmi bin Ahmad, Setiausaha MPK; dan pegawai-pegawai kanan Negeri Johor.
Skip to content