MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PELANCARAN PELAN TINDAKAN DASAR ANGKASA NEGARA 2030 (MSE2030) OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 24 MEI 2023
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah melancarkan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau dikenali sebagai π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ 𝐸π‘₯π‘π‘™π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 2030 (MSE2030) semasa penganjuran LIMA’23 pada 24 Mei 2023. Sesi penyerahan buku MSE2030 telah disampaikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai simbolik pelancaran MSE2030 dan disaksikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
MSE menggariskan strategi, inisiatif dan program negara sehingga tahun 2030 bagi mencapai matlamat negara membangunkan keupayaan sendiri (𝑠𝑒𝑙𝑓 π‘Ÿπ‘’π‘™π‘–π‘Žπ‘›π‘π‘’) dalam teknologi angkasa dan seterusnya mencapai objektif Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MYSA menyasarkan sumbangan sehingga RM10 bilion kepada KDNK negara daripada sektor angkasa menjelang tahun 2030 melalui pelaksanaan MSE2030.
.

Β 

Skip to content