MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PELANCARAN PELAN STRATEGIK INDUSTRI ANGKASA 2030 (SISP) DAN LANGKAWI INTERNATIONAL SPACE FORUM (LISF) OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA II PADA 24 MEI 2023

 

24 Mei 2023- YAB Timbalan Perdana Menteri II, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah melancarkan Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SISP) dan Langkawi International Space Forum (LISF) bertempat di MICC, Langkawi. SISP telah dibangunkan dengan 12 strategi dan 24 inisiatif, antaranya, cadangan pelancaran satelit penderiaan jauh (𝘳𝘦𝘮𝘰𝘵𝘦 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘪𝘯𝘨) negara beresolusi tinggi pada penghujung tahun 2025 dan kerangka inisiatif mewujudkan perkhidmatan tapak pelancar satelit tempatan.
.
SISP merupakan hasil Kajian Industri Angkasa Tempatan yang telah selesai dilaksanakan pada Ogos 2022, di mana sebanyak 63 syarikat tempatan telah dikenal pasti terlibat dalam pembangunan industri angkasa tempatan.
.
Penganjuran LISF yang bertemakan ‘Catalysing Asia ‘s Space Ecosystem’ adalah bertujuan untuk memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi angkasa bagi memacu ekonomi angkasa serantau. Forum ini juga menyediakan platform bagi membincangkan mengenai teknologi angkasa dapat menangani pelbagai cabaran global dan menyumbang kepada pencapaian Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
.
Majlis pelancaran SISP dan LISF ini turut dihadiri oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Timbalan Menteri MOSTI, Ketua Setiausaha MOSTI, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pengurusan tertinggi kementerian dan dikalangan pemain industri berkaitan teknologi angkasa.
.
Skip to content