MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBrs. Tn. Hj Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah berpeluang menyaksikan sesi pelancaran Satelit Measat-3d di tapak pelancaran satelit di Kourou, French Guiana pada lewat petang 22 Jun 2022 waktu tempatan.

Siaran langsung pelancaran turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YBM MOSTI Dato’ Sri Dr. Adham Baba di di WTC Kuala Lumpur.

Satelit yang dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Lepas Guiana dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Satelit MEASAT-3d akan mengembangkan liputan Internet berkelajuan tinggi di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sambungan supaya mencapai 100 peratus kesalinghubungan Internet, sekali gus membolehkan rakyat menikmati kemudahan Internet dengan lebih baik.

 
 
Skip to content