PELANCARAN PROGRAM KEM ANGKASA KEBANGSAAN 2024 OLEH YBM MOSTI PADA 29 JULAI 2024
Bersama kita beri sokongan dan jayakan!
Nurturing Talent for Malaysia Space Exploration 2030
.
YB. Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah merasmikan pelancaran program Kem Angkasa Kebangsaan 2024 (National Space Camp 2024) bertempat di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya pada 29 Julai 2024.
.
“Dengan memperkenalkan program-program seperti Kem Angkasa Kebangsaan 2024 melalui kerjasama strategik, MOSTI yakin usaha ini dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta membina asas bakat tempatan yang kuat untuk menyokong agenda Ekonomi MADANI. Dengan usaha bersama, kita yakin dapat melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam sektor angkasa selari dengan fokus Kerajaan yang menumpukan kepada high growth high value sectors,”.
.
Semasa majlis pelancaran, turut berlangsung:
Sesi pertukaran dokumen sokongan yang disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dengan Encik Hafez Murtza, Ketua Pegawai Eksekutif, Apadilangit, disaksikan oleh YB Menteri.
.
Program National Space Camp 2024:
Mensasarkan 800-1,000 peserta bagi setiap siri
(pelajar sekolah rendah, menengah, universiti termasuk orang awam)
Akan diadakan di lima (5) negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Wilayah
Persekutuan, Sabah dan Sarawak pada Oktober, November dan Disember 2024.
Kehadiran dan perkongsian daripada Astronaut NASA: Charles D. Gemar &
Analogue Astronaut: Charlotte Pouwels di setiap sesi.
Pelajar dan syarikat swasta yang berminat untuk mendaftar dan berkolaborasi dalam program ini, dipelawa untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang
www.nationalspacecamp.com dan
www.apadilangit.com | 010-8987251 (bantuan teknikal).
.
Program National Space Camp 2024, julung kalinya diadakan di peringkat kebangsaan, merupakan anjuran Apadilangit dan Starlight Education UK, dengan sokongan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MASIC (Malaysian Space Industry Consortium)