MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP)

Pengenalan

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi. OACP merupakan inisiatif mandatori dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam” dalam National Anti-Corruption Plan (NCP).

Hala Tuju

Tujuan OACP ini adalah untuk menjadikan MYSA bebas rasuah dan melahirkan pegawai-pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi dengan memperkasakan tadbir urus organisasi, mempertingkatkan tahap integriti warga Jabatan, menghapuskan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memerangi rasuah.

Visi

MYSA Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah

Misi

  1. Meningkatkan integriti, akauntibiliti dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  2. Mencegah amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa

Matlamat

  1. Melahirkan warga MYSA yang mempunyai integriti yang tinggi
  2. Menjadikan warga MYSA yang bebas rasuah dan mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai isu rasuah
Lampiran POSTER OACP

Perasmian OACP MYSA pada 28 Januari 2021

Skip to content