Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi. OACP merupakan inisiatif mandatori dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam” dalam National Anti-Corruption Plan (NCP).
Hala Tuju
Tujuan OACP ini adalah untuk menjadikan MYSA bebas rasuah dan melahirkan pegawai-pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi dengan memperkasakan tadbir urus organisasi, mempertingkatkan tahap integriti warga Jabatan, menghapuskan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memerangi rasuah.
Visi
MYSA Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah
Misi
Meningkatkan integriti, akauntibiliti dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Mencegah amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
Matlamat
Melahirkan warga MYSA yang mempunyai integriti yang tinggi
Menjadikan warga MYSA yang bebas rasuah dan mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai isu rasuah