MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PAMERAN SEMPENA PROGRAM MISI AL-JAZARI: EKSPLORASI KBAT SAINS PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
 
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyertai pameran sempena Program Misi Al-Jazari: Eksplorasi KBAT Sains Peringkat Kebangsaan pada 30 November 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Banting, Selangor. Program ini bertujuan untuk menerapkan pembudayaan KBAT dan memberi pendedahan serta membina kefahaman yang jelas dalam kalangan peserta mengenai kepentingan KBAT khususnya berkaitan eksplorasi angkasa.
.
Program Eksplorasi KBAT Sekolah-Sekolah Gemilang 7 Daerah Kuala Langat (G7) 2023 ini melibatkan sekolah dalam daerah Kuala Langat iaitu SK Sungai Kelambu, SK Sungai Lang, SK Morib, SK Kanchong Tengah, SK Kampong Endah, SK Batu Laut dan SK Tanjung Sepat.
.
Selain MYSA sebagai rakan strategik utama, agensi luar lain yang turut terlibat di dalam program ini adalah Perpustakaan Awam Kuala Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting, IPD Kuala Langat dan Ultimate Creatures Petting Zoo.
Skip to content