PAMERAN MYSA SEMPENA MEXCO-STI PADA 18 OKTOBER 2023
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah turut serta mengadakan pameran sempena Mesyuarat Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) pada 18 Oktober 2023 yang diadakan di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Antara yang dipamerkan ialah sistem-sistem aplikasi sains dan teknologi angkasa yang dibangunkan oleh MYSA yang memberi impak secara langsung kepada rakyat. Penerangan berkenaan sistem-sistem telah disampaikan oleh pegawai dan pengurusan tertinggi MYSA kepada ahli mesyurat MEXCO-STI yang hadir ke ruang pameran.