MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN (NGIS) KALI KE -9 INOVASI PENGURUSAN MAKLUMAT GEOSPATIAL PADA 17-18 OKTOBER 2023
17 Oktober 2023 – Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah telah dijemput mempengerusikan satu sesi bertajuk Geospatial untuk Pengurusan Perubahan Iklim semasa Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan 2023 (NGIS) ke-9 anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Pusat Geospatial Negara (PGN).
Sebanyak lima kertas kerja telah berjaya dibentangkan semasa sesi ini iaitu berkaitan kepentingan penggunaan teknologi geospatial dalam pengurusan perubahan iklim yang memainkan peranan penting dalam memahami, mengurangkan impak dan menyesuaikan diri dengan kesan-kesan perubahan iklim.
.
NGIS ke-9 yang berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2023 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya ini diadakan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu terkini berkaitan maklumat geospatial, di samping merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor dan merevolusikan geospatial bagi menghadapi cabaran di era digital.
18 Oktober 2023 – Pada hari kedua NGIS ke-9, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah sekali lagi telah dijemput sebagai panel forum bertajuk Revolusi Geospatial dalam Cabaran Digital.
.
Tajuk forum ini merupakan tema NGIS ke-9 di mana para panel telah membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan era digital masa kini yang sangat progresif serta canggih, membantu kerajaan dan rakyat dalam urusan harian serta memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi.
.
Panel jemputan lain adalah YBrs. Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz, Pengarah PGN, NRECC; YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); dan YBrs. Prof. Gs. Dr. Abdul Rashid bin Mohamed Shariff, Presiden Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM).
.
Sesi forum ini telah dikendalikan Oleh YBrs. Sr Dr. Azmi bin Hassan, Geostrategis dan Felo Kanan, Nusantara Academy for Strategic Research (NASR).
Skip to content