PENGENALAN
Bengkel dan Pertandingan MySTEM@SPACE merupakan pertandingan yang dianjurkan untuk peringkat sekolah rendah sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sains Menginsankan Teknologi’ secara dalam talian. Pertandingan ini terdiri dari tiga modul iaitu MyMARS Roverbot (Modul 1), MyMARS Solar Station (Modul 2) dan MySpace Station (Modul 3). Ini adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadikan sains dan teknologi sebagai budaya ilmu di kalangan masyarakat serta pemangkin ekonomi bagi sumber pendapatan negara di masa hadapan.