MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Nota Kerjasama antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2022 telah diadakan pada 17 Februari 2022 (Khamis) di Ibu Pejabat JPSM, Kuala Lumpur.
 
Mesyuarat JKP ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Indera Mohd Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Antara lain, mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek-projek di bawah kerjasama JPSM-MYSA serta membentangkan syor dan cadangan aktiviti baharu di bawah kerjasama yang telah dimeterai bagi tempoh 2020-2025.
 
Tujuan kerjasama strategik ini untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan dan pengoperasian aplikasi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan bagi tujuan merancang, mengurus dan memantau sumber hutan khususnya Hutan Simpan Kekal (HSK). Sehingga kini, sebanyak 12 sistem dan pakej aplikasi perhutanan telah dibangunkan melalui kerjasama ini. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan selari dengan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19.
.
Skip to content