MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Kajian Mikrograviti di Angkasa

INFOGRAFIK79

Perkataan ‘mikro’ berasal dari perkataan Greek iaitu ‘mikros’ yang bermaksud sangat kecil. Dalam ukuran metrik, ‘mikro’ adalah bermaksud satu bahagian dalam sejuta (0.000001).

Keadaan mikrograviti (microgravity) dalam konteks aeroangkasa adalah suatu keadaan tanpa berat yang terjadi disebabkan oleh daya tarikan atau graviti yang sangat lemah (yang menghampiri nilai sifar).

Kesan daripada mikrograviti ini, sesuatu objek itu akan merasai kehilangan berat – ‘zero gravity‘ malahan ‘weightless‘ – atau menjadi teramat ringan. Keadaan ini boleh digambarkan apabila angkasawan bersama-sama objek terapung-apung semasa di dalam kapal angkasa atau di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Untuk melihat kajian mikrograviti yang dilakukan oleh Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di angkasa, sila layari https://www.youtube.com/watch?v=2bis-7LNrdo

.

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa #SatellitesImproveLife

.

Skip to content