MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

OPERASI PENERIMAAN, PRAPEMPROSESAN, PENGARKIBAN DAN PENGKATALOGAN DATA SATELIT

INFOGRAFIK61

OPERASI PENERIMAAN, PRAPEMPROSESAN, PENGARKIBAN DAN PENGKATALOGAN DATA SATELIT

Operasi penerimaan data satelit beresolusi tinggi di Stesen Penerima Data Satelit (SPDS) melibatkan penentuan kawasan cerapan berdasarkan keperluan pelbagai bidang aplikasi utama seperti keselamatan, bencana, pertanian dan perhutanan. Seterusnya, arahan bagi mencerap kawasan tersebut diberikan kepada satelit oleh Satellite Operator Agency (SOA). SOA adalah pembekal data satelit komersial seperti MDA (Kanada) bagi data satelit RADARSAT dan Airbus (Perancis) bagi data satelit SPOT dan Pleiades. Bagi penerimaan data satelit beresolusi rendah NOAA, Terra, Aqua dan SNPP pula, penerimaan data adalah secara automatik setiap hari.

Data satelit yang diterima kemudiannya diproses menggunakan sistem prapemprosesan data satelit yang khusus bagi setiap satelit secara automatik sebelum diarkib dan dikatalog. Sepanjang operasi pencerapan dan pemprosesan ini, penyeliaan rapi dilaksanakan oleh kakitangan SPDS bagi melaksanakan troubleshooting sekiranya berlaku sebarang gangguan kepada sistem untuk memastikan operasi penerimaan data yang lancar dan optimum.

Pesanan pengguna dilaksanakan melalui sistem katalog yang mengandungi paparan imej satelit (quicklook) dan metadata seperti lokasi, jenis satelit, tarikh dan masa cerapan. Produk standard kemudiannya dihasilkan berdasarkan pesanan pengguna tersebut dan dihantar ke ibu pejabat bagi proses nilai tambah untuk menghasilkan produk akhir.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang

 #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
Skip to content