MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Penerimaan Teknologi Angkasa dalam Memperkukuhkan Sektor Agrikomoditi

INFOGRAFIK82

π—£π—˜π—‘π—˜π—₯π—œπ— π—”π—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—¦π—” π——π—”π—Ÿπ—”π—  π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—žπ—§π—’π—₯ π—”π—šπ—₯π—œπ—žπ—’π— π—’π——π—œπ—§π—œ

Projek ini dimulakan pada 2015 dengan pembangunan pangkalan data spatial berpusat bagi maklumat berkaitan komoditi yang kemudiannya diperkembangkan kepada pembangunkan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT bagi pengurusan yang sistematik dan berkesan antaranya ladang hutan, koko, lada serta kenaf.

Sistem Aplikasi Pengurusan Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini dibangunkan hasil kerjasama di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui agensi-agensi di bawahnya iaitu:
βœ…Β Lembaga Koko Malaysia (LKM)
βœ…Β Lembaga Lada Malaysia (MPB)
βœ…Β Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)
βœ…Β Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Sistem aplikasi yang dibangunkan menggunakan imej satelit, yang diintergrasikan dengan maklumat geospatial komoditi seperti sempadan lot-lot ladang/kebun dan profil pengusaha dalam satu pangkalan data dan boleh diakses oleh pengguna secara dalam talian melalui sistem yang dibangunkan oleh MYSA.

Sistem Aplikasi Pengurusan Perusahaan Perladangan dan Komoditi mula beroperasi secara berperingkat mulai 2016. Sistem ini merupakan satu platform yang menyediakan akses bagi sistem seperti berikut:-
▢️ Sistem MyKenaf
▢️ Sistem Maklumat Program Pembangunan Ladang Hutan (e-PPLH)
▢️ Sistem Geoinformasi Tanaman Koko (SGTK)
▢️ Sistem Pengurusan Tanaman Lada Malaysia

#MYSAΒ #MOSTIΒ #MPIC #LKMΒ #MPBΒ #LKTNΒ #MTIB
#STIΒ #DSTINΒ #MySTIE
#LindungDiriLindungSemuaΒ #KitaJagaKitaΒ #AmalanNormaBaharuΒ #BersamaHentikanWabakCovid19Β 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaΒ 

Β 
Skip to content