MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

bioDOF-Map: BIOSEKURITI IKAN HIASAN

INFOGRAFIK77

bioDOF-Map: BIOSEKURITI IKAN HIASAN

Penggunaan imej satelit remote sensing dalam pengurusan, pemantauan dan pengoperasian aktiviti kawalan biosekuriti ikan hiasan merangkumi penyediaan maklumat sempadan kompartmen, sempadan ladang, jasad air dan litupan tanah.

Imej satelit SPOT 6 dan SPOT 7 yang beresolusi tinggi iaitu 1.5 meter digunakan untuk penyediaan lapisan data yang mengandungi maklumat seperti kompartmen, sempadan ladang akuakultur, jasad air dan guna tanah. Manakala imej satelit Pleiades yang beresolusi sangat tinggi iaitu 0.5 meter digunakan untuk menghasilkan maklumat yang lebih terperinci seperti sempadan kolam ikan, saliran dan pintu air ke ladang akuakultur.

Pengemaskinian imej satelit terkini secara berkala amat penting dalam membantu DOF melaksanakan pemantauan sumber punca air dan perubahan gunatanah persekitaran dalam lingkungan 1 kilometer dari ladang akuakultur serta mengenalpasti status operasi kolam sama ada aktif atau tidak.

Maklumat yang dijana daripada imej satelit tersebut akan diintergrasi dengan data lain yang berkaitan seperti profil penternak dalam Sistem bioDOF-Map bagi membolehkan pengguna DOF membuat analisis berkaitan biosekuriti perikanan secara dalam talian. Output yang dihasilkan seperti peta digital membolehkan perancangan dan pengurusan ladang akuakultur yang lebih tepat dan cepat berbanding dengan kaedah konvensional.

 

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOF
#STI #DSTIN #MySTIE #MSN2021
#SatellitesImproveLife #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu 

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
 
 
 
 
Skip to content