MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING: PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

INFOGRAFIK65
PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING: PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
 
MYSA dipertanggungjawabkan dengan mandat sebagai pembekal tunggal kepada agensi kerajaan bagi data satelit remote sensing melalui Surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 Januari 2007 dan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2012 pada 3 Oktober 2012. Tujuan utama mandat ini adalah bagi mengelakkan pertindihan perolehan data satelit yang sama oleh agensi-agensi kerajaan yang menyebabkan implikasi kos yang tinggi kepada kerajaan.
 
Dalam memastikan perkhidmatan pembekalan data berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna, MYSA mematuhi prosedur standard MS ISO 9001:1994 mulai Julai 2001 dan dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015 semenjak 22 Januari 2019. MYSA juga mendapat pensijilan ISO/IEC 27001:2005 bagi Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk Perkhidmatan Data Satelit MYSA bermula 27 November 2006 dan dinaik taraf ke ISO/IEC 27001:2013 semenjak 2 Disember 2015.
 
Dalam tempoh lima tahun terkini (2016-2020), sebanyak 481,309 scene data dibekalkan kepada agensi-agensi pengguna awam dan swasta serta pelajar IPT. Bagi pelajar IPT, data dibekalkan secara percuma bagi penyelidikan ilmiah.
 
MYSA menyediakan khidmat nasihat dan perundingan berkaitan penggunaan imej satelit remote sensing dan produk nilai tambah yang dapat memenuhi keperluan pengguna melalui perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur atau boleh menghubungi di talian 03-26973400 atau melalui e-mel mysa_hq@localhost
 
 
 
Skip to content