MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Asteroid 99942 Apophis Melintas Menghampiri Bumi Pada 6 Mac 2021 Dan Akan Kembali Pada Tahun 2029

ASTEROID 99942 APOPHIS MELINTAS MENGHAMPIRI BUMI PADA 6 MAC 2021 DAN AKAN KEMBALI PADA TAHUN 2029
 
Tarikh Rakaman : 9 Mac 2021
Masa : 01:20 – 02:30 pagi
Lokasi : Observatori Negara Langkawi
Teleskop : Officina Stellare RiFast 500
Kamera : SBIG STF-8300C
 
Asteroid 99942 Apophis melintas menghampiri Bumi pukul 09:15 waktu Malaysia pada 6 Mac 2021 dengan jaraknya sejauh 16,852,369 km (43.85 Lunar Distance, LD) dan akan kembali semula pada tahun 2029.
 
Video Asteroid 99942 Apophis ini telah dirakam dari Observatori Negara Langkawi awal pagi pada 9 Mac 2021. Asteroid 99942 Apophis merupakan asteroid berhampiran Bumi (Near Earth Asteroid) berukuran 340 meter yang ditemui pada 19 Jun 2004 oleh ahli-ahli astronomer Roy Tucker, David Tholen dan Fabrizio Bernardi di Kitt Peak National Observatory, Tucson, Arizona.
 
Jarak paling jauh antara Apophis dengan Bumi ialah sejauh 2 unit astronomi*. Ia dijangka akan melintasi berhampiran Bumi semula dengan jarak selamat iaitu sejauh 31,860 kilometer [0.083LD] dari permukaan Bumi tanpa membawa kesan buruk terhadap Bumi pada 13 April 2029.
 
*Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai au, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1au bersamaan dengan 1.5 x108 km
*Jarak bulan (Lunar Distance) disingkatkan sebagai LD, adalah jarak purata antara Bumi dan Bulan. 1LD bersamaan dengan 384, 400 km (~0.002570 au)
 
 
 
Skip to content