MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Oposisi Zuhal (Saturn Opposition)

TM17
TM17a
TM17b
🪐 Pada 2 Ogos 2021, planet Zuhal akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Planet ini merupakan planet keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar dalam Sistem Suria Bumi.
  
🪐 Semasa oposisi pada kali ini, Zuhal akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj 𝗖𝗮𝗽𝗿𝗶𝗰𝗼𝗿𝗻𝘂𝘀 pada kedudukan 10 𝘂𝗻𝗶𝘁 𝗮𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗔𝗨) dari Matahari dan hampir 9AU dari kita di Bumi. 𝗗𝗶𝗮𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 Zuhal pula adalah sebanyak 18.5 saat arka pada kedudukan oposisi.
 
 🪐 Planet Zuhal yang mempunyai sistem gegelang ini akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 378 hari. Kali terakhir ianya berada di keadaan oposisi ialah pada 20 Julai 2020 dan oposisi seterusnya pada 14 Ogos 2022.
  
🪐 Planet Zuhal akan kelihatan di langit malam sepanjang Ogos hingga Disember 2021. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Zuhal menggunakan mata kasar sahaja selain daripada binokular dan teleskop dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan.
  
* 𝗖𝗮𝗽𝗿𝗶𝗰𝗼𝗿𝗻𝘂𝘀 ialah buruj zodiak di hemisfera selatan yang berhampiran dengan Sagittarius. Bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
 
* 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗮𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗨𝗻𝗶𝘁) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10⁸ km
 
* 𝗗𝗶𝗮𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit (arcmin) dan saat arka (arcsec).
 
 
.
.

UPDATES:

Oposisi Zuhal 3 Ogos 2021

Imej Zuhal pada 3 Ogos 2021 dalam kedudukan oposisi yang diambil menggunakan sistem teleskop ONL. Keadaan cuaca adalah berawan ketika itu.

Skip to content