MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah dijemput menjadi salah seorang panel bagi sesi ‘Space Economy Forum’ bertajuk “Satellite Technology Accelerating Digital Transformation”. Sesi dialog secara dalam talian yang berlangsung pada 15 September 2021 ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan teknologi satelit dalam memacu inisiatif digitalisasi dan ekonomi negara.
.
Panel jemputan lain adalah YBhg. Professor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), YBrs. Prof. Madya Dr. Farzad Ismail, Dekan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, USM serta pengasas Angkasa-X Group iaitu YBrs. Dr. Sean Seah (Pengerusi Eksekutif) dan YBrs. Dr. William Lim (Pengarah Eksekutif)
.
Sesi dialog ini telah dikendalikan oleh Encik Syankaran Kalai Arasu, Investment Lead dari pitchIN.
 
 
Skip to content