MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Teleskop Matahari di ONL

Observatori Negara Langkawi (ONL) terletak di Pulau Langkawi, utara Semenanjung Malaysia dengan latitud 6.307147°N dan longitud 99.781205°E. Ia dilengkapi dengan 3 teleskop untuk pencerapan Matahari dalam panjang gelombang yang  berbeza iaitu panjang gelombang cahaya nampak, Hidrogen Alpha (6562.8Å) dan Kalsium K-line (3933.7Å).

Imej Solar 3 Filter

Sistem pencerapan Matahari ini terdiri daripada lima (5) teleskop iaitu satu (1) teleskop untuk pemantauan tompok Matahari dengan penuras cahaya Nampak, dua (2) teleskop dalam penuras H-alpha bagi pemantauan suar Matahari, satu (1) teleskop dalam penuras Kalsium-K dan satu (1) teleskop untuk pemerhatian secara visual. Kesemua teleskop ini dilengkapi dengan  kamera Charge Couple Device (CCD), Kamera CCD Video dan juga penapis solar yang sesuai dengan tujuan masing-masing.

Teleskop Solar ONL
Skip to content