MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah dijemput sebagai salah seorang panel bagi Siri Webinar Angkasa 6: Laluan Pendidikan & Kerjaya Dalam Bidang Angkasa anjuran Planetarium Negara bersempena dengan Minggu Angkasa Sedunia dan 𝘉𝘪𝘨 𝘉𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘺 2021.
.
Webinar yang telah diadakan pada 14 Oktober 2021 ini bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda mengenai laluan atau peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor angkasa di Malaysia dan menarik lebih ramai golongan muda menceburi dan menyokong pembangunan sektor angkasa negara.
.
Panel jemputan lain adalah YBrs. Dr Siti Harwani Md Yusoff, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sesi webinar ini telah dikendalikan oleh Encik Mhd. Fairos bin Asillam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Planetarium Negara.
 
Skip to content