MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

  1. Permohonan bagi mendapatkan imej satelit remote sensing tidak terperingkat (resolusi lebih daripada 5m) adalah menggunakan Borang Permohonan Data Remote Sensing Tidak Terperingkat
  2. Maklumat yang diperlukan ialah :
    • Maklumat diri pemohon dan agensi/syarikat;
    • Sebab-sebab imej satelit remote sensing tersebut dikehendaki; dan
    • Jenis dan produk imej satelit remote sensing yang dipohon.
  3. Borang permohonan tersebut perlu disertakan bayaran dalam bentuk Pesanan Tempatan/Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia;
  4. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia di alamat:
    • Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 
      No.13, Jalan Tun Ismail
      50480 Kuala Lumpur
  5. Jangkamasa pembekalan imej satelit remote sensing tidak terperingkat adalah antara 4 hingga 15 hari bekerja;
  6. Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk tujuan komesil adalah tidak dibenarkan; dan
  7. Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk edaran kepada pihak ketiga perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia.
Skip to content