MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perpustakaan MYSA telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai perpustakaan yang khas dengan sumber rujukan khusus dalam bidang remote sensing dan teknologi berkaitan. Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan dan sumber rujukan kepada komuniti remote sensing yang terdiri dari sektor awam dan swasta, serta pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi. Oleh itu, ia memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong pengoperasian teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan untuk pembangunan mampan negara. Selain remote sensing, Perpustakaan MYSA turut mempunyai pelbagai koleksi rujukan teknologi yang berkaitan antaranya Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Penentu Sejagat (GPS). Terkini, Perpustakaan MYSA mempunyai koleksi yang merangkumi sejumlah 4,054 judul monograf dan 18 judul bersiri.

Masa

Hari

8.00am – 5.00pm

Isnin

8.00am – 5.00pm

Selasa

8.00am – 5.00pm

Rabu

8.00am – 5.00pm

Khamis

8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Jumaat

 

Klik disini WebOpac untuk Katalog Perpustakaan MYSA (Untuk makluman, katalog hanya tersedia
dalam Bahasa Inggeris dan boleh dicapai oleh pengguna dalaman sahaja)

Skip to content