MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBrs Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat kepada 190 orang warga MYSA secara maya bagi sesi Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bilangan ke-3 tahun 2021 pada 12 Julai 2021.

.
Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan beberapa perkara penting yang antara lainnya ialah:

.
🔸 Warga MYSA disarankan untuk terlibat dalam menyokong gerak kerja kerajaan menangani penyebaran wabak Covid-19 dengan mendaftarkan diri untuk vaksinasi dan menyempurnakan dua dos vaksinasi.
🔸 Perlunya seluruh warga kerja MYSA memastikan bukan sahaja kesihatan diri ditekankan tetapi juga memastikan kesihatan mental dalam keadaan yang baik. Pengurusan stress diri, keluarga dan juga pasangan sentiasa menjadi keutamaan.
🔸 Kepentingan mempunyai disiplin diri yang tinggi ketika bekerja dari rumah agar dapat mengoptimumkan ruang yang ada dalam menghasilkan produk yang baik dan berkualiti. Warga MYSA haruslah berpegang kepada prinsip yang dipanggil “Betulkan Yang Salah dan Biasakan Yang Betul”.
🔸 Tahun ini juga merupakan tahun ketiga penggabungan di antara Agensi Angkasa Negara dengan Agensi Remote Sensing Malaysia. Penggabungan ini memerlukan satu komitmen yang tinggi daripada seluruh warga kerja MYSA dalam mencapai satu aspirasi mengapa agensi ini ditubuhkan.

.
Selepas menyampaikan amanatnya, KP MYSA mengucapkan selamat maju jaya kepada kakitangan MYSA yang bersara serta turut mengumumkan pemenang bagi pertandingan fotografi Puspanita MYSA sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H.

.

.
#MYSA #MOSTI
#STI #DSTIN #MySTIE
#MenangBersama #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

 
 
Skip to content