MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sukarelawan dari Agensi Angkasa Malaysia – MYSA turut serta dalam misi pembersihan pasca banjir. Bersama kita berganding bahu membersihan kawasan yang terjejas akibat banjir.

#mysaprihatin
#MisiPrihatinMOSTI
#keluargamalaysia

MOSTI memulakan tahun baharu 2022 dengan aktiviti Misi Pembersihan Pasca Banjir di Daerah Petaling, bertempat di Padang Jawa.

Seramai 50 sukarelawan menyertai misi ini melibatkan penyertaan sukarelawan dari Kementerian, Jabatan Kimia Malaysia, NanoMalaysia Berhad dan Agensi Angkasa Malaysia – MYSA.

YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI mengetuai para sukarelawan yang memulakan misi seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

MOSTI terlibat dalam misi pembersihan dan kemanusiaan pasca banjir di beberapa kawasan angkat antaranya di Daerah Petaling, Selangor bersama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan Perdana Menteri, serta Daerah Raub, Pahang bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Berpandukan Aspirasi Keluarga Malaysia, MOSTI terus komitedmembantu Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir bagimeringankan beban mereka.
.
#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MisiPrihatinMOSTI #KeluargaMalaysia #KeluargaMOSTI

 
Skip to content