MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Balai Cerap Sinar-X Chandra

INFOGRAFIK14

Balai Cerap Sinar-X Chandra atau Chandra telah dibangunkan oleh NASA dan dilancarkan pada 23 Julai 1999 dengan menggunakan kapal angkasa Columbia (STS-93). Balai cerap ini diberikan nama Chandra iaitu bersempena nama penerima Hadiah Nobel India-Amerika, Subrahmanyan Chandrasekhar.

Chandra yang masih beroperasi sehingga kini merupakan teleskop yang direka khas oleh NASA untuk mengesan pancaran sinar-X dari kawasan yang sangat panas dalam alam semesta seperti kawasan letupan bintang, gugusan galaksi dan jisim di sekitar lohong hitam. Oleh kerana Sinar-X diserap oleh atmosfera bumi, maka Chandra perlu ditempatkan pada orbit yang sangat tinggi, dengan ketinggian 139,000 km dari bumi.

Sehingga kini, Chandra telah berjaya merakamkan imej letupan bintang-bintang yang menarik dan menakjubkan seperti imej cincin di Crab Nebula. Chandra juga telah mencerap kawasan di sekitar lohong hitam supermasif iaitu lohong hitam paling besar yang dinamakan Sagittarius A* yang terdapat di pusat Galaksi Bima Sakti.

Lohong hitam adalah kawasan tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan objek perlu bergerak melebihi kelajuan cahaya untuk melepasi tarikan gravitinya. Ini membayangkan bahawa tiada suatu benda pun mampu melepasi tarikan graviti lohong hitam kerana tiada objek yang dapat bergerak lebih laju daripada cahaya.

Kesemua penemuan ini disimpan di Balai Cerap Astrofizik Smithsonian di Cambridge, Massachusetts yang merupakan pusat yang mengoperasikan Chandra, memproses data dan mengedarkannya kepada saintis di seluruh dunia untuk dianalisis.

Untuk maklumat lanjut dan melihat imej angkasa yang menarik dicerap oleh Chandra layari:

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content