MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah dijemput menjadi salah seorang panel bagi sesi ‘Expert Insight @ Live’ bertajuk “Harnessing The Power of Satellite Imagery for Smart Governance”. Sesi dialog secara dalam talian yang berlangsung pada 2 September 2021 ini telah membincangkan fungsi dan manfaat penggunaan satelit dalam ‘Smart Governance’ untuk mengurus pemantauan infrastruktur, penilaian projek, pengesanan perubahan, pengurusan sumber alam, pemantauan pertanian, pematuhan alam sekitar, dan penilaian impak bencana dengan lebih baik.
.
Panel jemputan lain adalah YBrs. Tuan Jamil Derus Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Perancangan dan Kesiapsiagaan), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); YBrs. Ts. Dr. Ahmad Safuan Bin Bujang, Timbalan Pengarah, Smart and Precision Farming Program, Engineering Research Center, Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI); dan Mr. Jonathan Ong, Regional Sales Manager, SEA, Planet.
.
Sesi dialog ini telah dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Ibrahim, Head of Research, Confexhub; Senior Advisor, Fraunhofer.
.
.
Skip to content