MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Stesen Solar Radio di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting

 

Stesen Solar Radio terdiri daripada:

a. CALLISTO (Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory)

 

CALLISTO (Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory) merupakan alat pengaturcaraan penerima isyarat radio yang dibangunkan pada tahun 2006 dalam rangka kerja International Heliophysical Year (IHY2006) dan International Space Weather Initiative (ISWI) dan disokong oleh United Nation Office for Outer Space Affairs (UNOOSA). 

Sistem CALLISTO telah dipasang dengan Log Periodic Dipole Antena (LPDA) di Kompleks Teknologi Angkasa pada tahun 2016.   Sistem CALLISTO merupakan penerima yang dapat mengesan isyarat matahari khususnya letusan suria (solar burst) yang beroperasi antara 45 dan 870 MHz serta memantau radio frequency interference (RFI). Isyarat radio yang dikesan hasil dari aktiviti di permukaan Matahari oleh CALLISTO dikenali sebagai solar radio bursts (SRB).

Kini, sebanyak 178 unit CALLISTO telah dipasang di seluruh dunia yang  telah membentuk satu rangkaian yang mampu mengumpulkan data SRB 24 jam sehari sepanjang tahun di seluruh dunia. Salah satu unit daripada rangkaian ini telah dipasang di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting sejak tahun 2016 lagi.  Data yang dijana oleh CALLISTO boleh diakses secara percuma menerusi laman web http://www.e-callisto.org. Walaubagaimanapun, penggunaan data CALLISTO untuk sebarang penerbitan perlu mendapat kelulusan daripada principal investigator (PI) CALLISTO terlebih dahulu. MYSA menawarkan penggunaan data CALLISTO di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting kepada penyelidik untuk tujuan penyelidikan.

Stesen Solar Radio
Susunatur CALLISTO

b.  Antena yang beroperasi dalam 20MHz, 408MHz dan 1420MHz untuk pencerapan aktiviti matahari khususnya suar suria.

Skip to content