MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan Bengkel Mobile Journalism (MOJO) secara maya pada 8 hingga 10 Mac 2021. Bengkel ini sebagai usaha untuk membangunkan kefahaman dan kemahiran warga MYSA dalam penyediaan dan penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan menggunakan platform media sosial bagi meningkatkan visibility MYSA sebagai agensi peneraju penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi angkasa.
 
Bengkel ini diharapkan memberi pengetahuan kepada para peserta kaedah menggunakan telefon pintar sebagai peranti/alat hebahan dan meningkatkan kualiti penulisan berita/cerita menggunakan media sosial. Seramai 36 orang peserta telah mengikuti bengkel ini termasuk peserta jemputan daripada Bahagian/Jabatan di bawah MOSTI iaitu Jabatan Kimia Malaysia dan Planetarium Negara.
 
Melalui aktiviti semasa bengkel ini, peserta telah menghasilkan beberapa rekacipta mengikut kreativiti masing-masing. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah memenangi mengikut kategori yang telah ditetapkan.
 
1️⃣ INFOGRAFIK : @aliafadry
2️⃣ VIDEOGRAFIK : @wellynumpang
3️⃣ VIDEO PENDEK : @ammartermizi
 
 
 
Skip to content