MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA, UTM METERAI KERJASAMA STRATEGIK PADA 24 APRIL 2025
Perkasa Penggunaan Teknologi Angkasa dalam Penyelidikan dan Pembangunan berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
📌Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Prof. Dr. Rosli bin Md Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang mewakili YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Naib Canselor UTM, pada 24 April 2025, bertempat di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM, Johor. 🤝
📌Skop kerjasama:
▪️penyelidikan dan pembangunan metodologi baharu dan modul aplikasi pintar bagi bidang teknologi angkasa dan geospatial (huluan dan hiliran);
▪️pelaksanaan program latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan dalam teknologi berkaitan; dan
▪️pelaksanaan program promosi teknologi angkasa dan teknologi berkaitan.
.
Pemeteraian MoU ini amat signifikan ketika negara sedang melaksanakan pembangunan sektor angkasa secara terancang dan berdaya saing. Salah satu hala tuju Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) adalah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan dalam bidang angkasa menjelang tahun 2030 – penting untuk melahirkan graduan yang dapat melengkapkan industri angkasa negara.
.
Terdahulu, delegasi MYSA telah dibawa melawat ke Telaga Air Akuifer Batuan UTM dan Balai Cerapan UTM serta diberi taklimat mengenai pengoperasian dan penyelidikan di bawah FABU.
.
Angkasa untuk semua | Space for all 🌍🚀 🔭 ☄️🪐🛰️
Skip to content