MYSA Technical Talk Series 1/2021

Sesi π˜”π˜ π˜šπ˜ˆ π˜›π˜¦π˜€π˜©π˜―π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 π˜›π˜’π˜­π˜¬ 𝘚𝘦𝘳π˜ͺ𝘦𝘴 1/2021 bertemakan β€œπ˜šπ˜±π˜’π˜€π˜¦ 𝘐𝘯π˜₯𝘢𝘴𝘡𝘳𝘺 π˜ͺ𝘯 π˜”π˜’π˜­π˜’π˜Ίπ˜΄π˜ͺ𝘒: π˜›π˜©π˜¦ 𝘌𝘯𝘒𝘣𝘭π˜ͺ𝘯𝘨 π˜π˜’π˜€π˜΅π˜°π˜³π˜΄β€ telah diadakan secara dalam talian pada 30 September 2021. Penganjuran 𝘡𝘦𝘀𝘩𝘯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘡𝘒𝘭𝘬 dengan kerjasama Institute of Electrical and Electronic Engineers, Geoscience and Remote Sensing Society (IEEE GRSS) Malaysia ini telah menghimpunkan beberapa panel jemputan bagi membincangkan serta berkongsi pendapat berkaitan kemajuan industri dan ekonomi angkasa khususnya di Malaysia.
.
Panel jemputan bagi sesi 𝘡𝘦𝘀𝘩𝘯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘡𝘒𝘭𝘬 ini adalah YBrs. Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah, Ketua, Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO); YBrs. Encik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Pengarah Eksekutif Malaysian Investment Development Authority (MIDA); YBrs. Dr. Sean Seah, Pengerusi Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa-X Holdings Corp.; dan YBrs. Encik Naguib Mohd Nor, Presiden Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA).
.
Sesi 𝘡𝘦𝘀𝘩𝘯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘡𝘒𝘭𝘬 ini telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Β