MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACETECH SHOWCASE 2023 PADA 14 SEPTEMBER 2023
Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan MYSA Spacetech Showcase 2023 yang dihadiri Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyebarluaskan kepentingan aplikasi sains dan teknologi angkasa yang membawa manafaat kepada masyarakat dan negara.
.
Semasa majlis ini, YB Menteri MOSTI telah merasmikan sistem aplikasi yang baharu dibangunkan iaitu Sistem Aplikasi MyIDEA. MyIDEA direka bentuk untuk pelbagai kegunaan dan boleh dimanfaatkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan khususnya dalam aspek pengurusan bencana banjir negara. Sistem aplikasi ini dapat mengenal pasti situasi mangsa, mengesan lokasi sebenar mangsa dan memantau pengurusan menyelamat mangsa banjir secara lebih sistematik dan bersepadu.
.
YB Menteri MOSTI kemudiannya telah melawat booth pameran dan diberi penerangan berkenaan sistem-sistem yang telah dibangunkan oleh MYSA yang memberi impak secara langsung kepada rakyat.
Skip to content