MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ SIRI KE-6 DAN 7 PADA BULAN MEI 2023
MYSA SPACE BUZZ siri ke-6 dan 7 telah berlangsung pada bulan Mei 2023. MYSA SPACE BUZZ siri ke-6 pada 3 Mei 2023 telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai MYSA daripada Ibu Pejabat MYSA, Kompleks Operasi Angkasa MYSA, Pahang dan Kompleks Teknologi Angkasa MYSA, Banting Selangor.
.
Perkongsian bertajuk ‘Step into the Future: Revolutionizing the World With Digital Reality’ telah disampaikan oleh Prestige Geomatics Resources (M) Sdn. Bhd. berkenaan teknologi ‘Digital Reality’ yang membolehkan pengguna mengalami persekitaran maya yang menggabungkan aspek dunia fizikal dan digital. Ia merangkumi ‘virtual reality’ (VR), ‘augmented reality’ (AR), ‘mixed reality’ (MR) dan teknologi imersif lain yang menggunakan kandungan komputer yang dihasilkan untuk mencipta pengalaman interaktif. Penceramah juga berkongsi cara untuk membuat pengumpulan data bagi 360 ‘virtual work’ dan demonstrasi projek yang telah dilaksanakan menggunakan teknologi ‘Digital Reality.’
.
MYSA SPACE BUZZ siri ke 7 pula diadakan pada 31 Mei 2023 dengan dua perkongsian daripada Pegawai Penyelidik MYSA, Encik Mohd Fairuz Bin Fuazi yang berkongsikan pengalaman semasa menyertai Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Korea Selatan pada tahun 2022. Beliau berkongsi pengalaman melawat beberapa jabatan dan agensi kerajaan di Korea termasuk Korea Advanced Institute of S&T KAIST, Korea Institute of S&T Evaluation & Planning (KISTEP), Korea Land Survey Department (LX Korea) dan beberapa lagi jabatan serta agensi yang lain.
.
Sesi perkongsian kedua disampaikan oleh Encik Greg Frey, daripada Satellogic yang merupakan rakan niaga Geospatial AI Sdn. Bhd. (GASB) di bawah syarikat Uzma Berhad. Satellogic merupakan sebuah syarikat peneraju satelit Earth Observation (“EO”) beresolusi submeter. Satellogic mempunyai konstelasi satelit sebanyak 26 buah satelit dan akan membina sebanyak 200 buah satelit sebelum 2025. Imej satelit yang dibekalkan merupakan imej multispectral yang beresolusi 0.70m, sedia untuk digunakan dalam proses GIS tanpa memerlukan ‘pansharpening’.
.
Syarikat tersebut juga menyediakan ‘Full Motion Video’ (FMV) monokromatik dengan resolusi 0.99m yang diambil pada ketinggian purata 475 km. Imej satelit yang ditawarkan oleh Satellogic ini boleh digunapakai dalam aplikasi bencana, perhutanan, komoditi, pertanian, kawalan penyakit, perisikan pertahanan dan pelbagai lagi.
.

 

Skip to content