MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ SIRI 10/2023: SESI TAKLIMAT LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
.
Satu sesi taklimat mengenai MBOT telah diadakan secara hibrid pada 25 Julai 2023 (Selasa) di Dewan Seminar MYSA, Kuala Lumpur. Taklimat ini telah dibentangkan oleh Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Operasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
.
Sesi ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada MYSA dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pegawai daripada jabatan/agensi luar.
.
Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pengetahuan kepada para peserta berkaitan peranan dan fungsi MBOT.
.
MBOT merupakan sebuah badan profesional yang mengiktiraf dan memperkasa teknologis dan juruteknik iaitu salah satu profesion ikhtisas di Malaysia. Selain itu, melalui sesi taklimat ini telah dapat memberi penjelasan berkenaan isu-isu pengiktirafan dan pendaftaran Teknologis dan Juruteknik Profesional dari pelbagai bidang teknologi dan teknikal yang diiktiraf di Malaysia.
.
Skip to content