MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ SIRI 1/2024: SESI PERKONGSIAN TEKNIKAL OLEH SMARTMAP SDN BHD.
 
Program MYSA Space Buzz tahun 2024 diteruskan dengan sesi perkongsian teknikal kali ini yang disampaikan oleh Smartmap Sdn Bhd dengan tajuk ” Geospatial Journey with Supermap.” Perkongsian ini dilaksanakan pada 17 Januari 2024 di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia. Seramai 40 peserta telah menyertai sesi tersebut yang disampaikan oleh Gs. Mohamad Sufinudin Bin Suhimi, Ketua Pegawai Eksekutif Smartmap Sdn. Bhd.
.
Dalam perkongsian ini, perisian Supermap telah diperkenalkan kepada peserta yang merangkumi iDesktop, iServer, iPortal, iTablet, dan turut melibatkan sesi demonstrasi perisian tersebut. Peserta juga mengajukan pelbagai soalan, dan respons yang diterima daripada perkongsian tersebut amat menggalakkan.
Skip to content