MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TECHNICAL TALK MYSA SPACE BUZZ PADA 7 MEI 2025
 
Technical Talk MYSA SPACE BUZZ dengan topik SAR Data and Service Sharing oleh Syarikat Synspective bertempat di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 7 Mei 2025. Pembentangan meliputi pelan hala tuju konstelas, produk data, dan penyelesaian analitik khusus untuk aplikasi bagi pemantauan bencana alam, pergerakan tanah, pengesanan perubahan, serta pemantauan sempadan dan kawasan maritim.
.
MYSA membangunkan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa bagi pelbagai sektor, termasuk sektor pengurusan bencana. Perkongsian ini memberi manfaat dalam memahami kepentingan data SAR, khususnya dalam memantau perubahan kecil di permukaan bumi dengan resolusi tinggi. Data SAR juga amat kritikal untuk negara tropikal kerana ia mampu menyediakan maklumat yang konsisten dan tepat, meskipun dalam persekitaran yang mencabar dari segi cuaca dan bentuk muka bumi.
Skip to content