MyGDX merupakan Platform Perkongsian Data Sektor Awam di bawah penyeliaan Jabatan Digital Negara (JDN).
.
MyGDX membolehkan perkongsian data agensi-agensi kerajaan diselaraskan dengan lebih efisien, mengurangkan kos penyediaan infrastruktur dan pengintegrasian sistem melalui platform yang seragam – seterusnya memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian secara menyeluruh (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data.
.
Taklimat telah berlangsung pada 6 November 2024 di Dewan Seminar, MYSA yang disampaikan oleh HLA Integrated Sdn. Bhd – pasukan kontraktor yang dilantik dan bertanggungjawab dalam membangunkan projek MyGDX.