Meningkatkan pemahaman mengenai tatacara kewangan dan peraturan-peraturan Perbendaharaan yang berkuat kuasa berkaitan tuntutan perjalanan bagi tujuan tugas rasmi dan berkursus di platform MYSA Space Buzz, pada 24 Julai 2025 di Bilik Bunga Raya, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur secara hibrid.
Perkongsian kali ini daripada Seksyen Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan. MYSA komited memperkukuhkan prinsip kepatuhan, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas.