MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ 2023 KALI KE 11 PADA 13 OKTOBER 2023
MYSA Space Buzz Kali Ke 11 telah diadakan secara atas talian pada 13 Oktober 2023 sempena Minggu Angkasa Sedunia 2023 (WSW2023) dengan tema Keusahawanan dan Angkasa (Space and Entrepreneurship).
.
Sesi kali ini telah disampaikan oleh 3 orang penceramah daripada MDA Ltd. iaitu sebuah syarikat teknologi angkasa dari Kanada yang terlibat dalam bidang ‘geointelligence’, robotik dan operasi angkasa, serta sistem satelit.
.
Tajuk yang dibentangkan adalah berkaitan dengan ‘Urban Change Detection, Forest Alert services and Biomass Estimation’ dan ‘Maritime Insights’.
.
Sesi kali ini telah dihadiri oleh seramai hampir 100 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada MYSA serta agensi kerajaan lain yang merupakan rakan strategik bagi projek-projek berkaitan dengan teknologi angkasa di MYSA.
.
Skip to content