MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ KALI KE-13 PADA 18 DISEMBER 2023
MYSA Space Buzz kali ke-13 telah diadakan pada 18 Disember 2023 di Dewan Seminar, MYSA. Sesi tersebut disampaikan oleh seorang penceramah dari syarikat ICEYE, yang merupakan rakan strategik Tanahair Technologies Sdn Bhd. Tajuk yang dibentangkan kali ini berkisar pada SAR Images & Technology Updates. Penceramah bagi sesi ini adalah Encik Hector Lim, yang memegang jawatan APAC Mission Sales Leader / VP APAC Mission Sales di ICEYE.
.
Kehadiran peserta pada sesi kali ini adalah seramai 30 orang, dan beberapa tajuk telah dibincangkan, termasuk Geospatial Intelligence and Monitoring, Maritime Monitoring, Value Proposition, Current and Future Roadmap, Solution Overview, dan Event Module. Terdapat pelbagai soalan yang diajukan oleh peserta, dan maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan.
.
Sesi ini juga merupakan sesi penutup untuk tahun 2023, dan program MYSA Space Buzz akan diteruskan pada tahun 2024.
Skip to content