MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA SPACE BUZZ KE-12 PADA 26 OKTOBER 2023
 
Pada 26 Oktober 2023, MYSA Space Buzz yang ke-12 bertajuk ‘Pengurusan Nilai (Value Management) Bagi Projek Satelit ASEANSAT di Bawah Projek Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE)’ telah diadakan di Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor.
.
Sesi tersebut yang telah dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Sr. Dr. Mohd Mazlan Che Mat (Presiden MCM Value Sdn. Bhd) membicarakan berkenaan projek ‘Development of Flight Model (FM) untuk Nanosatelit Saiz 1U (ASEANSAT) With High Ground Resolution Camera Payload’. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Orbital Space (M) Sdn. Bhd., rakan strategik industri Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan MYSA.
.
Seramai 50 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri dari Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) dan universiti tempatan. Melalui perkongsian ini, peserta berpeluang untuk mengetahui hasil pengurusan nilai bagi projek ASEANSAT. Selain itu dapat membantu dalam memilih alternatif terbaik bagi projek-projek satelit yang akan datang, dengan penekanan pada pelaksanaan fungsi asas dengan kos yang lebih rendah. Akhir sekali, program ini dapat membantu mengenal pasti keupayaan pasukan tempatan untuk memimpin projek satelit di Malaysia.
.
Skip to content